Monday 20 April 2015

Kata Aluan Guru Besar


Asslamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh
Syukur Alhamdulillah kita panjatkan rasa kesyukuran kepada yang maha Kuasa atas inayahnya membuka minda guru-guru Pendidikan agama Islam SK Long Gafar akhirnya wujudlah satu Blog yang direka khusus untuk surau sekolah SK Long Gafar.
Blog ini nampak agak terlalu "simple" mungkin ini adalah satu titik permulaan bagi guru-guru Pendidikan Islam. Inovasi dan kretaiviti ini lah yang perlu kita selalu cari dan kita jelmakan di kalangan Guru-guru Kita. Keinginan membina sesuatu yang baru inilah yang perlu kita cari.
Harapan saya dengan adanya Blog ini, bukan sahaja memberi input dan informasi kepada semua pengujungnya , malahan ia juga boleh di jadikan suatu media untuk penyampaian ilmu-ilmu yang amat berguna bagi menimarahkan lagi Surau yang ada di sekolah ini.
Sesuai dengan perkembangan semasa, bidang teknologi maklumat harus di ceburi dan disegarkan di kalangan semua guru tidak kira mereka itu guru matapelajaran apa sekali pun. Kita tidak boleh lagi menoleh ke belakang dan lari dari perkembangan masakini.
Semoga Blog ini akan terus di kemaskini dan ditampalkan dengan ilmu-ilmu akhirat yang boleh kita kongsikan dan kita menfaatkan  bersama.
Akhir sekali, sekali lagi jutaan tahniah kepada semua guru yang sama-sama membina blog ini semoga kerja buat kita yang dilakukan dengan "tanpa Syarat" ini akan mendapat keberkatan dari Allah swt. Kerja buat "Tanpa Syarat" ini lah yang melambangkan keikhlasan kita dalam meleksanakan tugas kita, Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Wabillah hitaufik walhidayah.




No comments:

Post a Comment