Sejarah


Surau Sekolah Kebangsaan Long Gafar pada asalnya berkongsi dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar.  Cetusan idea untuk membina surau sekolah ini adalah daripada Guru Besar Tn. Haji Muttalib bin Mat pada tahun 1996 lagi.  Manakala Guru besar Tn. Haji Kamarulzaman bin Samad meneruskan niat matan guru besar Tn. Haji Muttalib untuk membina surau tersebut.

Akhirnya pada tahun 2004 terbinalah sebuah surau yang menelan belanja sebanyak RM80,000 yang mana RM 60,000 yang disumbangkan oleh Datuk Sri Najib b. Abd Razak Perdana Menteri Sekarang, dan RM 20,000 lagi hasil kutipan derma daripada guru-guru,ibubapa, orang perseorangan dan pelbagai sumber lain lagi.  Pada Februari 2005 Surau ini telah dirasmikan oleh Guru Besar Tn. Haji Kamaruzzaman bin Samad.






Surau @ Musollah SKLG sebelum di Naik Taraf

Seterusnya Surau ini telah dinaik taraf pada tahun 2008 semasa pentadbiran Matan Guru Besar Tn Haji Noor Zeli bin Kasim. Hasil cetusan idea Tn. Haji Noor Zeli dan bersama dengan AJK surau maka telah dipersetujui menamakan surau ini sebagai Surau Imam As Syafie. Setelah melalui pelbagai pengubahsuaian maka Surau Imam As Syafie tersergam indah seperti hari ini.


Laluan Menuju ke Surau As Syafie


Taman Al Firdausi

 Taman Sayuran






No comments:

Post a Comment